Catatan

Trip Ke Koh Samui Overland 2022

Imej
   Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua teman² diluar sana yang ada perancangan, percutian atau istirehat di Koh Samui Thailand. Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman berharga yang telah saya lalui pada 19-23hb April 2022 disana melalui jalan darat. Disebabkan kebanyakkan perkongsian  dari  blogger² ke Koh Samui dengan menaiki kapal terbang  Saya merancang menulis sedikit pengalaman untuk dikongsikan bersama teman² setelah pulang.. Dan harini saya berkesempatan untuk menunaikan niat perkongsian Saya hehe.. Rancangan awalnya mahu solo backpacker  kesana, disebabkan ada teman mahu mengikuti saya pada last minute jadi beruntunglah juga dapat jimatkan sikit perbelanjaan yang boleh dikongsikan HeHe.. |Hari Pertama| Perjalanan dari Alor Setar dengan menaiki keretapi ke Padang Besar dengan harga (RM5.70) mengambil Masa kurang lebih 40minit. Sampai saja di Padang Besar jalan kaki saja ke kaunter imigresen Thailand untuk isi white card dan cop passport sebelum m