Trip Ke Koh Samui Overland 2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua teman² diluar sana yang ada perancangan, percutian atau istirehat di Koh Samui Thailand. Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman berharga yang telah saya lalui pada 19-23hb April 2022 disana melalui jalan darat. Disebabkan kebanyakkan perkongsian dari blogger² ke Koh Samui dengan menaiki kapal terbang Saya merancang menulis sedikit pengalaman untuk dikongsikan bersama teman² setelah pulang.. Dan harini saya berkesempatan untuk menunaikan niat perkongsian Saya hehe.. Rancangan awalnya mahu solo backpacker kesana, disebabkan ada teman mahu mengikuti saya pada last minute jadi beruntunglah juga dapat jimatkan sikit perbelanjaan yang boleh dikongsikan HeHe..
|Hari Pertama|
Perjalanan dari Alor Setar dengan menaiki keretapi ke Padang Besar dengan harga (RM5.70) mengambil Masa kurang lebih 40minit. Sampai saja di Padang Besar jalan kaki saja ke kaunter imigresen Thailand untuk isi white card dan cop passport sebelum memasuki negara gajah putih dan naik Motorsikal ke stesen bas (minivan) dengan bayaran (RM5) jarak untuk berjalan boleh tahan jauh untuk mengelakkan licking saya naiki saja motorsikal kesana.. sampai saja di stesen boleh terus belikan tiket ke hatyai station dngan harga (50Bath/Rm6.50) dengan 1jam perjalanan. Beli tiket minivan ke Surat Thani Town pula (280Bath/Rm38) 5jam pula perjalanan. Tidur semalam di Surat Thani Town Dan sempat jalan² di Surat Thani night market.. Kami check in di My Place Hotel dengan harga (360Bath/Rm50) semalam. Boleh belikan tiket ke Koh Samui di kaunter hotel semasa check in (240Bath/Rm32 bus+ferry). Makanan halal banyak boleh didapati di area Night Boat Port sangat dekat dengan penginapan..
Total first day = Rm 137.20 tidak termasuk Sim kad dengan makan hehe.. makan masing² punya selera..
|Hari Kedua|
Awal pagi pergi sarapan dahulu sebelum tunggu tuktuk depan hotel hantar ke stesen bas untuk gerak Donsak Pier.
Perasaan teruja terasa sikit bila Naik ferry dari Donsak Pier dah dapat lihat air laut yang kehijauan. ferry yang agak besar dan selesa ini terbahagi pada 4tingkat, tingkat 1 untuk kenderaan, tingkat 2 untuk ruang tempat duduk berhawa dingin untuk yang mahu merasai massage ditengah lautan pun ada di bahagian ini serta mini mart, tingkat 3 ruang untuk ambil feel angin laut sebelum jijak kaki di Koh Samui Dan ruang atas sekali bagi penumpang yang mahu berjemur disediakan tempat khas. Ferry dari Donsak Pier ke Koh Samui belayar lebih kurang 1½jam perjalanan.
Sampai saja di Nathon Pier terus naiki tuktuk ke Lamai, beritahu terus driver hantarkan ke New Hut Bungalow caj dikenakan sebanyak (100Bath/Rm13). Bilik sudah booking seminggu sebelum kesana melalui New Hut Bungalow Booking.com dengan harga berpatutan (230Bath/Rm30)semalam bilik kecil tapi agak selesa bagi saya dan rakan untuk bermalam di area Lamai Beach.
Tibanya di pintu masuk New Hut Bungalow
Rehat sebentar bawah pokok di tepi pantai sebelum meneruskan aktiviti berikutnya.
Setelah selesa check in dapat rehatkan badan sebentar. Tidak sempat untuk ambil gambar bilik. Sebelum teruskan aktiviti bersiar² di Lamai.. Kami keluar untuk dapatkan Motorsikal sewa yang berdekatan dengan tempat penginapan, sewa motorsikal untuk sehari Hanya (150Bath/Rm20) kemudian terus membeli tiket pakej untuk aktiviti keesokkan harinya, Sightseeing+snorkeling+kayaking dengan big bot (1650Bath/Rm220). Bermulalah aktiviti pertama kami menunggang motor menuju ke perkampungan melayu Koh Samui untuk mengisi perut yang sudah berbunyi berkali2nya, mencari makan halal di warung jalanan agak murah jika dibandingkan dengan sesetengah tempat. Jarak dari penginapan lebih kurang 6km sambil dalam perjalan dapat juga melihat suasana penduduk setempat serta singgah di kawasan yang menarik sekitarnya.
Kamera telefon kurang memuaskan, cantik lagi pemandangan dari depan mata.. In shaa Allah tidak rugi bagi yang berjaya sampai ke top viewpoint permandangan disini sangat menakjubkan🥰.
Sempat melihat awek Siam serta minah salleh posing maut di bawah.. hehe😬😬

Ketika makan sekitar Kampung Melayu Koh Samui sempat juga berkenalan dan bersembang dengan pakcik² di kedai makan dan kebanyakkan penduduk sekitar fasih berbahasa melayu. Setelah selesai menjamah kami meneruskan perjalanan ke Grandfather's Grandmother's Rocks
{ Hin Ta Hin Yai }, apa adanya disini ialah sepasang batu berbentuk kemaluan lelaki Dan kemaluan perempuan. Tiada caj dikenakan kepada pengunjung yang memasuki kawasan in.
Hin Ta dapat dilihat dari jauh dan gambar Hin Yai pula tidak sempat ambil gambar anda boleh cari di google.. Di kawasan Hin Ta Hin Yai ini juga terdapat satu view point untuk menyaksikan ketenangan sepanjang pantai Lamai kerana kurangnya pengunjung jika mahu dibandingkan dengan kawasan Chaweng.
Untuk meneruskan lagi aktiviti bebas kami pada petang hari pertama di Koh Samui kami membuat keputusan untuk pusing mengelilingi pulau bermula dari kawasan Lamai - Chaweng Beach - Bophut Beach - Nathon Town Dan terus pulang ke penginapan untuk Mandi Dan rehatkan badan.
Malam setelah keluar makan sempat juga untuk memanjakan diri mengurut kaki di sebuah kedai berhampiran penginapan. Di kawasan Lamai ini pada malam hari kami menginap kurangnya aktiviti untuk dikunjungi, pada hari ahad terdapat satu night market yang dibuka maka terlepaslah hasrat untuk bersiar² di malam hari di sini. Kami akhirnya pulang tidur lebih awal kerana badan perlukan rehat yg cukup untuk meneruskan aktivi berikutnya..
|Hari Ketiga|
Bermulalah aktiviti yang dinantikan pada jam 7pagi kami terus check out Dan tunggu minivan pick up di hadapan penginapan pada jam 7.30pagi terus bergerak ke Nathon Pier untuk menaiki Big Boat menuju ke Mu Koh Angthong National Marine Park. Bagi sesiapa yang mabuk laut tidak perlu risau jika menaiki Big Boat kerana boat yang besar Dan mampu memuatkan hampir 70-80orang pada satu² masa itu In shaa Allah mampu mengurangkan sedikit rasa loya/mabuk laut dek kerana pukulan ombak laut ditengah² lautan.. Big boat akan belayar sekitar 1½jam dari Nathon Pier ke Mu Koh Angthong..
Sepanjang perlayaran akan diberikan taklimat ringkas oleh ketua/kapten sebelum melakukan aktiviti² mengikut pakej yang dipilih masing².. Kami mengambil adventure activity iaitu menaiki kayak semasa turun dari Big Boat dan melihat lebih dekat Gua² yang Ada di pulau tersebut.
Semasa turun dari Big Boat kami seolah hilang kewarasan bila dapat memegang pendayung buat pertama kali😅
Gambar diambil oleh awek Siam yang dikenali semasa atas boat.
Kami menuju ke pantai yang terdekat dengan starting point untuk mendaki anak tangga setinggi/sejauh 150meter untuk sampai ke view point Emerald Lake (Blue Lagoon)
1. Gambar dari view point Emerald Lake kearah starting point.
2. Dari permukaan Emerald Lake
3. Tangga yang mencanak dapat
dilihat, bagi yang lutut longgar pastikan bersedia sebelum kesini.. hehe Member yang join dengan Saya pun surrender di atas.. jadi xdapat ikut Saya turun ke permukaan Emerald Lake laa..
Selepas 30minit di sekitar Blur Lagoon semua perserta perlu berkumpul untuk menaiki Long tail boat untuk menuju ke pulau seterusnya iaitu dikenali Ko Wua Ta Lap untuk aktiviti snorkeling dan hiking/tracking ke satu lagi viewpoint yg paling cantik semasa sepanjang aktiviti dapat melihat sekeliling Ko Wua Ta Lap.. Kami berdua memilih tracking melalui anak tangga untuk ke puncak dengan jarak setinggi/sejauh 500meter dari starting point..
Member dengan confident nya untuk mencuba tracking yang seterusnya.. hehe
Setiap 100meter disediakan checkpoint untuk melihat pemandangan yang berbeza serta dapat rehatkan kaki sementara terus bergerak ke checkpoint seterusnya.. Kami berhenti di checkpoint kedua Dan akhirnya tewas buat kali kedua member saya setelah 200meter tracking anak tangga, dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan lagi tracking dan turun berdating dengan awek Siam yang sempat dia kenali semasa atas boat.
View dari checkpoint ke2. Gambar diambil dari telefon yang kurang canggih pun dah kelihatan cantik.. hehe
Saya terus gerakkan kaki kepuncak tanpa perlu menunggu sesiapa dibelakang Dan akhirnya selama 15minit dari checkpoint ke2 menuju ke checkpoint terakhir berjaya sampai juga akhirnya..
Kamera telefon kurang memuaskan, cantik lagi pemandangan dari depan mata.. In shaa Allah tidak rugi bagi yang berjaya sampai ke top viewpoint permandangan disini sangat menakjubkan🥰.
Sempat melihat awek Siam serta minah salleh posing maut di bawah.. hehe😬😬
Bukan jerebu cuma fon out of date maka gambar sekadar ada² ja lah.
Turun dari top viewpoint boleh terus untuk snorkeling di sekitar pantai. Saya hanya berehat Dan minum kopi sahaja di bawah, kerana cuaca menjangkaui 4+°C🥵 tidak berdaya lagi untuk berendam dalam air laut..
Pada jam 3.30petang semua pelancong menaiki Big Boat untuk lunch yang disediakan sambil boat bergerak menuju pulang, tepat jam 5ptg boat sudah tiba di Nathon Pier.
Kami menaiki minivan ke kawasanan penginapan pertama Dan menyewakan motor di tour agency semalam dengan harga yang sama (150Bath/Rm20) terus menuju ke Chaweng Beach check in penginapan yang ke2 kami iaitu Your Place Resort dengan harga semalam (500Bath/Rm67) not recommended sebab biliknya kurang memuaskan serta berhabuk dan bilik mandi air sangat perlahan.. Jadi terpaksalah tidur juga untuk merehatkan diri yang sangat keletihan😬😬.
Jam 8 kami keluar menaiki motor mencari makan halal di sekitar Chaweng, setelah beberapa kali pusing kami terjumpa Restaurant Maria Halal Food dan singgah mengisi perut yang lapar. Untuk aktiviti seterusnya kami hanya bersiar² di sekitar Chaweng Beach Road terdapat banyak Pub² Club² disepanjang kiri kanan jalan. Bagi yang kurang iman jangan sesekali masuk ke lorong² yang mencurigakan takut tertunduk dengan pondan² yang cantik². Kami terus menuju ke ARKbar Beach Resort untuk menyaksikan fireshow,disini antara salah satu tempat tumpuan pengunjung pada malam minggu. Untuk yang mahu melihat lebih dekat pastikan datang lebih awal mengisi tempat duduk yang ada. Selepas berberapa lama disini kami terus pulang ke penginapan mengemas barang untuk pulang pada keesokkannya.
|Hari Keempat|
Dengan berat kakinya mahu meninggalkan Koh Samui pada pagi hari terakhir kami disini.. Kami terus hantarkan motor ke Lamai kemudian menaiki tuktuk dengan harga (100Bath/Rm13) hanya tunggu setiap 10minit sahaja, kemudian bergerak menuju Nathon Pier untuk menaiki ferry pulang ke Donsak Pier harga bagi tiket ferry+bas pulang ke SuratThani Town pula (240Bath/Rm32) ferry ada setiap 1jam Dan ferry terakhir jam 5ptg. Sampai sahaja di Surat Thani kami terus ambil van menuju pulang ke Hatyai dan terpaksa bermalam kerana masa untuk melepasi pintu sempadan sangat suntuk.. Keesokkan pagi naiki train menuju ke Padang Besar untuk menamatkan percuti selama 5h4m di tanah thai(3h2m di Koh Samui, 1m di Surat Thani Town, 1m di Hatyai).. Ini sahaja dapat saya kongsikan segala kekurang harap dimaafkan🧘♂️🙏.
Jangan lupa Subscribe untuk baca perkongsian seterusnya🏝

HAI BRO..I NAK TANYA KAT MANA U PERGI KAUNTER TIKET NK BELI PAKEJ SNORKELLIN TU?AREA MANA YE KAT TOWN TU
BalasPadam